AZROHAL HASAN

HISTORY NEVER DIES

Impact Rancangan Malayan Union terhadap gerakan Nasionalisme di Tanah Melayu

21 December 2015 - dalam History Oleh azro_el-fib11

PENDAHULUAN

Sebelum tahun 1960-an masyarakat Melayu termasuk golongan terpelajar dan pemimpin  politik telah terbiasa dengan istilah “Kebangsaan” dan jarang menggunakan perkataan “Nasionalisme” dalam pengucapan mereka. Namun bermula pada pengkajian tinggi yang tersebar melalui buku sekolah, perkataan Nasionalisme yang awalnya digunakan sebagai kata yang berarti sama dengan kebangsaan dan perjuangan kebangsaan dengan cepatnya menguasai tentang wacana  perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu, kini jarang orang menggunakan ungkapan Kebangsaan. Istilah Nasionalisme begitu menguasai wacana  yang terdapat dalam kalangan akademisi sehingga istilah “bangsa” dirubah menjadi “nasion”, suatu perkataan ganjil yang dicedok terus dalam pengalaman dan kerangka intelektual barat yang dianggap menepati maksutnya yang sebenarnya, Cuma sampai saat ini belum ada yang menggantikan istilah “Negara Bangsa” dengan “Negara Nasion”.   

Setelah Perang Dunia ke-2 dan Jepang keluar dari Tanah Melayu, British kembali ke Tanah Melayu sekitar pertengahan 1945, dengan merencanakan dan menyiapkan MPU (Malayan Planning Unit), mengutip jawaban dari salah seorang sekretaris pemerintahan kompeni, menjawab soalan tentang ini dalam persidangan pada di House of Commons tanggal 10 oktober 1945:

His Majesty’s Government have given careful consideration to the future of Malaya and the need to promote the sense of unity and common citizenship which will develop the country’s strength and capacity in due course for self-government within the British Commonwealth our policy will call for a constitutional Union of Malaya and for the institution of a Malayan citizenship which will give equal citizenship rights to those who can claim Malaya to be their homeland, for these pruposes fresh agreements will need to be arranged with the Malay state rulers and fresh constitutional measures for the straits settlements…

The Malayan Union will consist of the nine states in the Malay Peninsula and of the two British settlement of Singapore at this stage requires separate constitutional treatment and in view of its special economic and other interests provision will be made for it to be constituted as a separate Colony.[1]   

            Ini yang akhirnya membuat gelisah rakyat Melayu untuk menentang perencanaan British hingga Pada akhir bulan maret 1946, datuk Ahmad kamil dari Kelantan mendesak kongres mengadakan sidang tergempar selama dua hari yaitu 30-31 maret 1964 bagi membincangkan langkah-langkah untuk menghalang penubuhan Malayan Union,[2] ini berikutan British tetap dengan cadangan mereka untuk menubuhkan Malayan Union, kongres tergempar ini diadakan di ibu pejabat majlis dan dihadiri oleh 9 orang wakil daripada Sembilan buah persatuan negeri Melayu saja karena kesuntukan masa perkara yang penting dikeluarkan oleh mereka ialah meminta raja-raja Melayu memulai pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union pada 1 April 1946. Mereka juga meminta ahli Melayu yang melantik bagi majlis Mensyuarat Malayan Union (NMMU) menolak pelantikan itu dan orang orang Melayu pula telah diminta berkabung selama 7 hari.

Dato’ Onn menjadi salah satu tokoh putera Melayu yang menentang terhadap intervensi adanya kepentingan politik dari British dalam rangka penubuhan Malayan Union, Onn membuat gerakan yang akan mampu menyatukan golongan rakyat bawah (rakyat jelata Melayu) dan golongan rakyat atas (raja) sehingga ia mendapat sokongan bulat dalam memperjuangkan kedaulatan bangsa dan nusa daripada tergadai selama-lamanya kepada penjajah.

ISI

Peran Dato’ Onn jaafar

Kemunculan Dato’ Onn jaafar sebagai pemimpin kebangsaan bermula pengisytiharan Malayan Union oleh kerajaan Buruh (Labour Party) British pada Januari 1946, Malayan Union yang dirangcang sejak tahun 1943 oleh pejabat perang, pejabat India dan pejabat tanah jajahan, Britain dengan tujuan untuk melicinkan dan mencantumkan pentadbiran Negeri-negeri Melayu bagi menyediakan kerajaan sendiri di Tanah Melayu, Malayan Union juga dikatakan sebagai suatu cara mengajar raja-raja Melayu karena bekerjasama dengan Jepun. Ada Juga yang mengatakan untuk menjaga kepentingan ekonomi getah Tanah Melayu dan Asia Tenggara dari kuasa Negara-negara besar yang lain.[3]

Untuk membuat ini berlaku, dalam kuasa Undang-undang dan kedaulatan Negeri-negeri Melayu diletakkan di dalam Kuasa Kerajaan Britain dan meniadakan bentuk kerakyatan yang seragam, sebuah perjanjian dengan Raja-raja Melayu telah dibuat oleh Sir Harold Michael wakil kerajaan Britain pada Oktober 1946. Di dalam perjanjian 1946 itu misalnya dengan Selangor, dikatakan:

his highness the Sultan agrees that his Majesty shall have full power and Juris within the state of Selangor.[4]

Rancangan tentang Malaya Union ini menimbulkan ramai penentangan dari orang-orang Melayu, akhbar-akhbar Melayu seperti utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara memainkan peranan utama, dengan menjadi pengkritik awal dan penghebah kepada keburukan Malaya Union, akhbar-akhbar itu memuat surat-surat pembaca pengkritik Malayan Union, berbagai persatuan negeri yang berdiri sebelum dan selepas perang juga mengirim memorandum bantahan kepada Colonial office, di tegaskan bahwa penentangan melawan Malaya Union adalah bentuk kesadaran politik yang sangat penting selepas perang dunia.

Dilihat dari berbagai perkara ketika Malaya Union di tubuhkan, sebagian besar rakyat tidak berpuas hati ketika raja-raja Melayu menandatangani perjanjian itu, kebanyakan orang Melayu Harold MacMichael menggunakan ancaman seperti yang terjadi pada sultan Badlishah Kedah, pada masa itu ia enggan menuliskan tanda tangannya, sehingga di ancam akan digantikan adindanya, dan juga tidak membiarkan Raja mendapat nasihat yang cukup dari ahli Majlis Mensyuarat Negeri, mereka juga ingin menghilangkan kedaulatan raja-raja Melayu sebagai Ketua dan symbol Ketuanan Negeri-negeri Melayu, British menganggap penghapusan kedaulatan ini sangat penting untuk menghilangkan pola kepemimpinan tradisional orang Melayu.[5]

Ketika Malaya Union dengan system terbuka, akan melonggarkan masuknya orang dari luar yan akan membuat ketakutan orang Melayu yang nantinya akan menjadi masyarakat minority di Negerinya sendiri. Onn seperti orang Melayu lainnya bagi dia Malaya Union akan melemahkan bangsa Melayu, negeri Melayu akan kebudayaan Melayu dalam masa jangka panjang, bangsa Melayu akan kehilangan historical moment akan bangsanya sendiri.

Bermula dari surat tanggal 23 Januari 1946, Onn menghantar sepucuk surat kepada utusan Melayu menyeru orang-orang Melayu berkongres. Onn yang pada masa itu bekerja sebagai pegawai Daerah Batu Pahat, dan yang dipertua PMSJ, menghantar surat itu dengan beberapa anggota Kesatuan Melayu Johor seperti Syed Alwi Al-Hady, dan Haji Anuar Malik. Mereka meminta Dato Onn memulai menyatukan orang Melayu karena Dato Onn mempunyai keupayaan. Surat ini merupakan rayuan pertama dari tokoh negeri Melayu, selain itu ia juga mencadangkan untuk mempertubuhkan sebuah Politic Movement yang diberi nama United Malays Organization (UMNO) sebagai pendesak Malaya  Union.[6].

Dengan menghantar surat jemputan ke berbagai persatuan-persatuan negeri Melayu untuk membuat kongred bersama mendapatkan sambutan hangat, dan juga melalui akhbar-akhbar di Melayu sperti Utusan Melayu, Warta Negara dan Majlis juga membantu menghebahkan kongres itu kepada orang ramai. Ia merupakan suatu peristiwa bersejarah, kongres yang terlaksana di tanggal 23 Februari 1946. Pentadbiran British pun mengirim beberapa mata-mata gelap dan polis untuk menjaga jalannya kongres, tegasnya British tidak melihat kongres itu sebagai suatu ancaman.

Sebanyak 41 perwakilan persatuan negeri Melayu, termasuk PKMM yang mengirim 6 orang perwakilan dan 14 orang pemerhati, mereka tiba di Kuala Lumpur sejak beberapa hari sebelum pelaksanaan kongres dengan menaiki kereta api atau bas. Kongres di awali dengan pembukaan dari Sultan Hishammudin Alam Shah, Sultan Selangor, walaupun telah diketahui ia telah menanda tangani perjanjian dengan raja British, ia insaf dengan perbuatannya dengan membuktikan untuk membuka kongres dan mendermakan $ 5,000 bagi jalannya kongres itu. Hanya ia seorang yang menderma untuk kongres 1946, Sebagai lambang bahwa kongres itu direstui dan di naungi oleh raja Melayu.[7]   

Onn menggariskan beberapa perkara, sebagai dasar pegangan orang-orang Melayu menentang Malayan Union. Bagi ia, dasar utama orang-orang Melayu ialah bersatu tenaga dan perasaan bagi menolak Malayan Union, seperti kutipan perkataan Onn:

“….. kita berkehendak meninggikan dan memelihara meruah serta kesopanan bangsa kita terselamat dan kuat. Keduanya hanyalah boleh terselamat jika kita kuat dan kita hanyalah boleh kuat jika kita bersatu padu…. Marilah kita menunjukkan dengan persamaan dan kita akan mendahirkan satu bangsa yang tegap dan subur dan mengambil tempat kita di sisi bangsa lain yang tegap”.[8]

Onn menggunakan cara yang sederhana moderate dalam memimpin kongres untuk menentang Malayan Union. Dia meminta agar orang Melayu tidak terburu-buru dalam penentangan mereka, dia percaya jika orang-orang Melayu menggunakan kekerasan, orang bukan Melayu akan merasa terancam. Mereka akan memusuhi orang Melayu yang menyokong British.

Walaupun British merasa kongres itu bukan ancaman dan tetap menubuhkan Malayan Union. British juga memperhatikan adanya perbedaan pendapat dalam kongres, salah satunya PKMM yang tidak sependapat dengan politik sederhana Dato Onn, dikarenakan PKMM lebih awal ada dan lebih berpengaruh sebelum UMNO  ditubuhkan, sehingga PKMM yang mempunyai ideology kiri senantiasa tidak puas hati dengan keputusan Dato Onn.

            Beberapa kongres pun diadakan hingga akhir kongres yang diadakan di Istana besar Johor Bahru pada 11 Mei 1946 yang dihadiri oleh 29 buah pertubuhan Negeri-negeri Melayu, dengan 58 orang wakil dan 30 pemerhati. Dalam akhir kongres itu disepakati untuk menubuhkan UMNO sebagai partai yang akan dijadikan alat menentang Malayan Union. UMNO yang terdiri dari berbagai macam perwakilan termasuk PKMM yang masuk di dalamnya,

Parti UMNO telah dijadikan sebagai sebuah pertubuhanyang merangkumi semua golongan masyarakat melayu yaitu golongan raja, orang besar, dan rakyat bawahan. Raja-raja Melayu turut menyokong penubuhan parti ini, penubuhan UMNO telah diisyaratkan di Istana Besar Johor Bahru oleh Sultan Ibrahim pada 11 Mei 1946. UMNO telah berjuang dan berkhidmat demi kepentingan bangsa Melayu sejak ianya ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Ia bertindak sebagai ‘penjaga’ atau ‘custodian’ untuk menjamin masa depan orang Melayu. Bangsa Melayu telah menganggap UMNO sebagai benteng dan tembok kukuh yang sukar ditembusi musuh.[9]

Bagi membantah Malayan Union secara berpelembagaan, UMNO telah melantik Dato’ Ronald Braddell[10] sebagai penasihat Undang-undangnya pada 2 juli 1946. Cadangan ini dikemukakan oleh Dato’ Onn dengan sokongan oleh Dato’ panglima Bukit Gantang. Ahmad Boestamam dari PKMM telah mencadangkan Sardon Jubir tetapi ditolak oleh majlis. Bayaran yang diberikan ialah $ 1000 sehingga tahun 1949 dan diganti oleh Ahmad bin Mohamed Ibrahim pada 1950. Malangnya bayaran tidak dapat dijelaskan dan surat denda telah diberikan atas nama Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja melalui surat bertarikh 13 April 1950, akhirnya ianya dijelaskan melalui kutipan daripada pementasan UMNO pulau pinang dan sebagainya.[11]

Penentangan Dato Onn dan orang Melayu dalam UMNO terhadap Malayan Union akhirnya di sertai raja-raja yang telah sadar dengan kesilapan mereka menyerahkan semua kuasa pentadbiran dan kedaulatan dalam perjanjian hingga mereka  menghantar rombongan ke London pada Mei 1946 untuk membantah Malayan Union. Berlanjut kemudian raja-raja Melayu berunding dengan Malaya Union untuk pada 28 Mei 1946, dengan mendesak perkara-perkara dasar di dalam kerajaan baru seperti pembentukan sebuah perseketuan, kuasa raja-raja Melayu di iktiraf, kerakyatan yang ketat dan gabernor Malayan Union digantikan dengan Pesuruhjaya Tinggi dan negeri-negeri Melayu adalah negeri naungan.

Adanya surat dari Dato Onn Ke British yang akan mengesahkan kegiatan pemuda-pemuda Melayu yang condong ke Indonesia di Batu Pahat Johor. Ancaman Onn ini di munasabahkan kepada British Karena API (Angkatan Pemuda Insaf) yang ditubuhkan pada bulan februari 1946, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam sebagai sayap kanan PKMM, adalah salah satu contoh gerakan radikal orang Melayu yang mirip kepada revolusi Indonesia. Ini di perhatikan oleh British dengan surat dari G.H. Hall ke Gabernor jeneral Malcolm MacDonald pada 29 Juni 1946, ia menerima kehendak orang-orang Melayu, karena bagi G.H. Hall kerjasama dengan orang-orang Melayu sangat perlu di dalam pentadbiran dan angkatan bersenjata di Melayu. Adanya ketakutan pengaruh PKMM yang akan radikal seperti di Indonesia melihat PKMM sudah dari bulan Maret hingga bulan Mei 1946 boleh mempengaruhi UMNO. Kerajaan british juga mau lahirnya satu masalah politik yang tidak terkawal di Tanah Melayu, yang boleh membahayakan kepentingan ekonomi British.[12]

Pada bulan januari 1946, kertas putih mengenai Malayan Union juga dikeluarkan oleh kerajaan. Rancangan ini ditentang hebat oleh orang Melayu. MDU (Malayan Democratic Union) menyokong Malayan Union dengan syarat Singapura juga turut dimasukkan. Ia menyokong kerana adanya syarat yang longgar mengenai pemberian taraf kerakyatan bagi orang bukan Melayu. Akibat tentangan hebat orang Melayu, kerajaan terpaksa bertolak ansur dan berunding dengan orang Melayu. Tetapi PKM melihat langkah ini akan mengancam kepentingan mereka karena mereka tidak dibawa dalam perundingan mengenai perlembagaan baru itu. Sementelahan pula cadangan MDU ditolak. PKM kemudiannya mencadangkan satu barisan bersatu ditubuhkan bersama-sama Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), MDU dan Dewan Perniagaan CIna untuk menentang kerajaan.[13]

Masa darurat (1948-1960) di tinjau dari PKM sebagai gerakan yang mempunyai unsur politik dan ideology, PKM mendakwa bahwa ia memperjuangkan kemerdekaan Malaya mula-mula daripada British dan seterusnya darpada apa yang disebut rejim reaksioner di Malaysia selepas 1957, bentuk gerakan nasionalis yang tidak hanya terdapat orang Melayu dalam PKM tapi juga orang Cina.[14]

Dato Onn, UMNO dan raja-raja melayu tidak akan pernah diam, ini menimbulkan perbincangan panas dikalangan British, hingga akhirnya mengambil jalan tengah, Dato Onn, UMNO dan raja-raja Melayu menerima orang bukan Melayu sebagai rakyat persekutuan dengan syarat-syarat yang ketat dan British pula menerima kerakyatan jus soli bagi orang Melayu saja,[15] dengan persetujuan itu, rangka perjanjian persekutuan 1984 diadakan, ia diterima oleh ketiga-tiga pihak di dalam bulan Desember 1946.

 Penyokong Malayan Union

Berbeda ketika melihat orang-orang bukan Melayu yang malah menyokong Malaya Union karena kerakyatan yang dianggap memuaskan. Orang-orang Cina juga bersetuju dengan dasar “Dual Nationality” dalam konsep Malayan Union. Akhbar-akhbar Cina seperti Sin Chew Jit Poh, Sin Min Chu dan Hua Chiao menyokong kerakyatan Malayan Union. Di anggarkan 1,6 juta orang Cina atau 62,5 peratus daripada penduduk-penduduk Cina di Tanah Melayu akan menjadi rakyat Malayan Union. Bakinya sebanyak 37,5 peratus boleh mendapatkan kerakyaan melalui syarat-syarat lain di dalam Malayan Union. Hanya yang ditentang ialah pemisahan Singapura dari Malayan Union dan Pulau Pinang dari negeri selat karena, ia akan menjejaskan pelaburan mereka, ada juga yang menentang kerana melihat Malayan Union sebagai satu penjajahan dan tidak demokratik, bagaimanapun penentangan itu tidaklah begitu jelas.[16]

Jika kita lihat hingga hari ini strategy British yang menubuhkan Malayan Union dengan memberi kebijakan yang pro terhadap orang bukan Melayu. Menjadi mula pemikiran ethnocentrism atau perkauman semakin mengeksklusifkan setiap ras yang ada di Malaysia, membentuk semangat untuk semakin mengutuhkan ras mereka masing-masing, orang Cina kemudian membuat partai kumpulan orang Cina, Orang Melayu akan Membuat Partai Melayu begitu juga orang India akan membuat partai orang India. Ini adalah bentuk usah British untuk mempermudah perpecahan ras di Malaysia sampai hari ini.

Pentadbiran British memberi 3 prinsip yang akan membatasi kekuasaan internal orang Melayu, yang pertama, politik orang Cina di Melayu ditaklukan dengan pengamanan hubungan Cina dan pentadbiran Kolonial, Kolonial akan menjalin hubungan baik dengan orang Cina untuk mengkekalkannya di Tanah Melayu, kedua,  pentadbiran Kolonial berusaha mensosialisasikan dan mengintegrasikan apa yang mereka lihat “penjahat” populasi, dan yang akan mengusir dengan cara cenderung tragis yang nantinya akan membawa kerusuhan politik, propaganda British yang menganggap orang Melayu sebagai penjahat yang tidak mau orang Cina menjadi Minoritas di Tanah Melayu dan akan mengamankan kampong-kampong mereka, yang ketiga, berpendapat untk melawan pemberontakan yang berlangsung dengan memberi keamanan pada setiap prvinsi untuk menstabilkan kehidupan masyarakat Cina di Kampong, dengan mengamankan kegiatan perekonomian orang Cina dan memberikan kesejahteraan untuk dalam proses menghilangkan trauma.[17]

Penyokongan orang Cina terhadap British engakibatkan konfilik antara orang Cina dengan orang Melayu, propaganda melalui akhbar-akhbar juga dilakukan hingga akhirnya tahun 1955 dalam elections muncul parti-parti yang mewakili mereka, orang Cina dengan MCA (Malayan Chinese Asociation), orang India menubuhkan MIC (Malayan Indian Congres). Ini yang menjadi awal adanya bentuk konflik ras dalam kompetisi politik di Tanah Melayu.[18]

Pada bulan januari 1946, kertas putih mengenai Malayan Union dikeluarkan oleh kerajaan. Rancangan ini ditentang hebat oleh orang Melayu. MDU (Malayan Democratic Union) menyokong Malayan Union dengan syarat Singapura juga turut dimasukkan. Ia menyokong kerana adanya syarat yang longgar mengenai pemberian taraf kerakyatan bagi orang bukan Melayu. Akibat tentangan hebat orang Melayu, kerajaan terpaksa bertolak ansur dan berunding dengan orang Melayu. Tetapi PKM melihat langkah ini akan mengancam kepentingan mereka karena mereka tidak dibawa dalam perundingan mengenai perlembagaan baru itu. Sementelahan pula cadangan MDU ditolak. PKM kemudiannya mencadangkan satu barisan bersatu ditubuhkan bersama-sama Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), MDU dan Dewan Perniagaan CIna untuk menentang kerajaan.[19]

Masa darurat (1948-1960) di tinjau dari PKM sebagai gerakan yang mempunyai unsur politik dan ideology, PKM mendakwa bahwa ia memperjuangkan kemerdekaan Malaya mula-mula daripada British dan seterusnya darpada apa yang disebut rejim reaksioner di Malaysia selepas 1957, bentuk gerakan nasionalis yang tidak hanya terdapat orang Melayu dalam PKM tapi juga orang Cina.[20]

Dato Onn, UMNO dan raja-raja melayu tidak akan pernah diam, ini menimbulkan perbincangan panas dikalangan British, hingga akhirnya mengambil jalan tengah, Dato Onn, UMNO dan raja-raja Melayu menerima orang bukan Melayu sebagai rakyat persekutuan dengan syarat-syarat yang ketat dan British pula menerima kerakyatan jus soli bagi orang Melayu saja,[21] dengan persetujuan itu, rangka perjanjian persekutuan 1984 diadakan, ia diterima oleh ketiga-tiga pihak di dalam bulan Desember 1946.

Adanya cadangan raja-raja melayu yang membuang Melaka dan Pulau Pinang dari persekutuan yang dicadangkan. Bagi Onn kedua wilayah itu berhak  menjadi anggota persekutuan karena kedua-duanya adalah negeri Melayu yang awalnya terpisah karena 1 penjajahan, persekutuan patut mengambil negeri-negeri itu walaupun negeri-negeri itu tidak beraja, hujjah Dato Onn itu disokong oleh Edward Gent, raja-raja Melayu terpaksa menerima kehendak Dato’ Onn itu.[22]

KESIMPULAN

            Nasionalisme tetap menyatakan bahwa negara kebangsaan adalah cita- cita dan bentuk sah dari organisasi politik dan bangsa adalah sumber daripada semua tenaga kebudayaan kreatif dan kesejahteraan ekonomi. Salah satu pendapat Hans Kohn ini dapat kita lihat dari Constitutional Strunggle yang dilakukan orang Melayu setelah melihat Grand Design British untuk menubuhkan Malayan Union, Dato’ Onn sebagai Agen penggerak yang mengumpulkan seluruh tokoh-tokoh pembesar di Tanah Melayu, untuk memberikan pendapatnya dalam Kongres yang membahas tentang peran orang tempatan apabila British menubuhkan Malayan Union.

            Sebagai salah satu pembesar dari Batu Pahat Johor, dia juga mendapat sokongan dari Raja-raja, Berbeza ketika Nasionalisme yang dimunculkan kaum Cina dan Melayu secara historis mereka bukan Pribumi namun dilihat dari kecintaan terhadap Tanah Melayu dan generasi kaum mereka yang telah lama di Tanah Melayu, dan mereka menunjukkan sikap Nasionalisme kebangsaan dengan mendirikan parti kaum, ketika kita tengok bahwa nasionalisme mempunyai sifat yang berbeda menurut latar belakang sejarah yang khusus dan serta struktur yang khusus pula di setiap negara juga faktor- faktor objektif tertentu seperti bahasa, keturunan, tradisi, agama, dan adat istiadat. Meskipun faktor objektif itu begitu penting namun unsur yang penting adalah kemauan bersama untuk hidup nyata. Kemauan inilah yang dinamakan nasionalisme.” Inilah proses kemunculan Nasionalisme karena yang tidak muncul secara natural melainkan wujud dari pertumbuhan faktor-faktor sosial dan intelektual yang berwujud dalam sebuah tahap dalam sejarah

Namun gerakan Nasionalisme di Tanah Melayu ini masih terpecah bela, usaha Dato’ Onn untuk menjadikan UMNO parti semua kaum berubah ketika orang Cina Pro terhadap Malayan Union akibat Propaganda British menjanjikan sesuatu yang selama ini tidak di dapat orang asing di Tanah Melayu, British memberi Dual Nationality menjaga dan mengamankan perekonomian Cina. Tindakan British ini yang kemudian memecah gerakan Nasionalisme di Tanah Melayu, Soekarno mengungkapkan bahwa semangat nasionalisme merupakan semangat kelompok manusia yang hendak membangun suatu bangsa yang mandiri, dilandasi satu jiwa dan kesetiakawanan yang besar, mempunyai kehendak untuk bersatu dan terus menerus ditingkatkan untuk bersatu, dan menciptakan keadilan dan kebersamaan.

Hingga akhirnya negosiasi dengan British Berjaya dan Malayan Union tidak ditubuhkan, namun itu bukan akhir dari perjuangan Masyarakat Melayu mereka harus mampu membentuk persepsi dan konsepsi identitas sosial kaum pergerakan di seluruh Tanah Melayu sebagai suatu kekuatan politik yang tidak bisa disepelekan oleh penguasa kolonial. Dengan tujuan untuk pembebasan dari penjajahan dan menciptakan masyarakat yang adil dimana tidak ada lagi penindasan di Tanah Melayu.

 

BIBLIOGRAFI

 

 

Abdul Rahman dkk, Nasionalisme dan revolusi di Malaysia dan Indonesia: pengamatan Sejarah, Pulau Pinang:Universiti Sains Malaysia, 2006.

 

Cheah Bonn Kheng, Malaysia The Making of Nation, Singapore : ISEAS, 2002.

James P Ongkili, Nationalism in Malaysia, 1946-1973, Desertasi, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1975.

 

Mohd, Nordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation,Kuala Lumpur : Unversity Malaya Press, 2005.

 

Mohd.Reduan Haji, Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Ramlah Adam, Dato Onn Jaafar: Peranannya di dalam Politik dan Pentadbiran Melayu (1930-1962), Desertasi, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1988.

 

T.N Harper, The End of Empire and The Making of Malaya,Cambridge : Cambridge University Prees, 1999.



[1] Desertasi, James P Ongkili, Nationalism in Malaysia, 1946-1973, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1975, hlm. 103-104.

[2]Abdul Rahman dkk, Nasionalisme dan revolusi di Malaysia dan Indonesia: pengamatan Sejarah, Pulau Pinang:Universiti Sains Malaysia,2006, hlm. 43.

[3] Desertasi Ramlah Adam, Dato Onn Jaafar: Peranannya di dalam Politik dan Pentadbiran Melayu (1930-1962), Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 1988, hlm. 134. 

[4] Ibid, Selangor sebagai contoh kerajaan yang melakukan perjanjian dalam  contoh: CO 537/1539, Sir Harold MacMichael, Report on a Misson to Malaya”, (October 1945- January 1946), Appendix II, dalam Desertasi Ramlah Adam, hlm. 135.

[5] Ibid, hlm. 137.

[6] Ibid, hlm. 139.

[7] Ibid, hlm. 146.

[8] Utusan Melayu, 6/3/46, Ibrahim Mahmod, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 80. Dalam Desertasi Ramlah Adam, hlm. 147.

[9] Ibid, hlm. 47.

[10] Bekas Penguam Negeri Johor tahun 1930-an dan juga penulis buku The Legal Status of the Malay states, yang ditulis pada tahun 1931, dalam buku ini dia menunjukkan simpatinya kepada kedudukan Negeri-negeri Melayu di segi perundangan.

[11] Abdul Rahman dkk, Nasionalisme dan revolusi di Malaysia dan Indonesia, hlm. 48.

[12] Mohd, Nordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation, hlm 36. J.D.V. Allen,  The Malayan Union, hlm. 257, yang mengatakan menteri buruh terharu dengan kesetiaan dan kerjasama raja-raja Melayu dan Candra Muzaffar, Protector, hlm. 68. 

[13] Mohd.Reduan Haji, Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlm. 17.

[14] James P Ongkili, hlm. 4.

[15] Record of meetings held between H.E. The Governor General, H.E. governor of the Malayan Union, their Highness the rulers of the Malay states and the representatives of the united Malay National Organizatition at King House, Kuala Lumpur, on the 20th of November, 1946. Selain dari masalah besar itu, perkara-perkara lain telah diterima Dato Onn, ini karena perkara-perkara itu telah diputuskan oleh mereka bersama sebelum perbincangan terakhir itu, bagaimanapun Dato Onn telah membangkitkan dua perkara teknikal, Dato Onn mendesak kerajaan British supaya melantik wakil buruh bangsa Melayu di dalam majlis perundangan Persekutuan (MPP), ini karena mengikuti cadangan WC itu tidak terdapat seorang meminta pun wakil buruh melayu di dalam bahagian perwakilan tidak resmi (exofficio) MPP. Di samping itu, Dato Onn juga meminta cadangan-cadangan perlembagaan WC itu dicetak di dalam bahasa Melayu bagi membolehkan orang-orang Melayu membacanya, desakan-desakan akhir Dato Onn itu dipersetujui oleh Gabenor jeneral Malayan Union. Dalam Desertasi Ramlah Adam, hlm. 176.

[16] Ibid, hlm. 65.

[17] T.N Harper, The End of Empire and The Making of Malaya,Cambridge : Cambridge University Prees, 1999, hlm. 168.

[18] Cheah Bonn Kheng, Malaysia The Making of Nation, Singapore : ISEAS, 2002, hlm. 2.

[19] Mohd.Reduan Haji, Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 17.

[20] James P Ongkili, hlm. 4.

[21] Record of meetings held between H.E. The Governor General, H.E. governor of the Malayan Union, their Highness the rulers of the Malay states and the representatives of the united Malay National Organizatition at King House, Kuala Lumpur, on the 20th of November, 1946. Selain dari masalah besar itu, perkara-perkara lain telah diterima Dato Onn, ini karena perkara-perkara itu telah diputuskan oleh mereka bersama sebelum perbincangan terakhir itu, bagaimanapun Dato Onn telah membangkitkan dua perkara teknikal, Dato Onn mendesak kerajaan British supaya melantik wakil buruh bangsa Melayu di dalam majlis perundangan Persekutuan (MPP), ini karena mengikuti cadangan WC itu tidak terdapat seorang meminta pun wakil buruh melayu di dalam bahagian perwakilan tidak resmi (exofficio) MPP. Di samping itu, Dato Onn juga meminta cadangan-cadangan perlembagaan WC itu dicetak di dalam bahasa Melayu bagi membolehkan orang-orang Melayu membacanya, desakan-desakan akhir Dato Onn itu dipersetujui oleh Gabenor jeneral Malayan Union. Dalam Desertasi Ramlah Adam, hlm. 176.

[22] Dato Onn, hlm. 172.



Read More | Respon : 0 komentar

Tinggalkan Komentar

Nama :
E-mail :
Web : tanpa http://
Komentar :
Verification Code :   
   

Kategori

Artikel Terbaru

Artikel Terpopuler

Komentar Terbaru

Arsip

Blogroll

Sejarah yang Tak Terulang

    Masa Lalu gak akan muncul kembali namun kita setidaknya mampu belajar dari peristiwa masa lalu

IDEALISME SEMU

    Bicara tentang Idealisme, mungkin kata ini tak asing ditelinga Mahasiswa, apalagi Mahasiswa Aktivis yang menjunjung tinggi kata ini, berat rasanya buat siapapun Politikus, Negarawan, Agamawan,Sejarahwan dll, Bahkan Agamawan yang menjadi benteng keimanan, gejolak batin sontak timbul ketika kata itu tergadaikan materi-materi yang menggoda, Marx pun lebih jujur ketika menanggapi soal materi, Apa mungkin kejujuran Marx telah jadi realitas ditengah gempuran sistem yang semakin mencekik, Ah, Mungkin Kata itu hanya teks terbangkai yang selamanya akan menjadi Mitos para Pecandu Jabatan & Materi.

ASAP PEMBUNUH

    Berharap hujan datang dan memberi secercah harapan. Hujan dengarlah rintihan dan pekikan bayi, anak-anak, ibu, bapak, nenek dan kakek. Tak mampu berujar untuk menikmati nafas yang sebelumnya mereka hirup. Mata tak dapat melihat seperti yang sebelumnya mereka lihat. Hidup dalam miniatur neraka. Menyiksa, merusak tatanan kehidupan. Sudah lelah mereka merontah saling tuding tak ada jawaban datang dari bapak berkopiah, ber jas dan berdasi mewah. Seolah keadilan hanya sebuah fatamorgana bagi mereka. Di Hari Sumpah Pemuda ini para Motor Bangsa harus bertindak, tak hanya melihat, berujar dan saling menyudutkan. Semoga bangsa ini mampu bertahan dalam buaian pengkhianatan. Selamat Hari Sumpah Pemuda 28 Oktober 2015 #SaveRiau #SaveBorneo #SaveSumatra #SaveSingapore #SaveMalaysia

Pengunjung

    20.758